Kali ini aku nak berbicara tentang perkara remeh. Perkara remeh ni bermaksud kalau kita tak fikir sangat pun takpe. Tak payah nak beratkan lagi RAM otak dengan menyimpan perkara remeh. Selesaikan dan buangkan jauh-jauh.
Tadi masa di ofis aku melalui la meja-meja rakan-rakan sekerja. Dalam keadaan yang sunyi dan tenang, tiba-tiba satu pekikan mengejutkan kedamaian aku yang sedang berjalan-jalan.
"Ishhhh!!!! Bodoh betul! Asyik-asyik mailbox full, mailbox full! Menyampah!!"
Aku pun beralih ke arah suara itu. Rupanya seorang akak ni sedang mengeluh kerana kotak emelnya asyik penuh. Lepas mengeluh dengan cara memekik, dia lalu menghempas-hempas mouse pc yang dipegang.
![]() |
| Macam ni la contohnya 'subjek' yang boleh buat orang mengamuk |
Aku pun terfikir, benda tu perkara remeh je pun. Tak perlu la nak marah-marah, maki bagai sampai mouse yang tak berdosa tu jadi mangsa.
Lagipun, bagus apa mesej tu, dia kan nak tolong akak jugak. Dia tolong bagitau emel akak dah nak penuh. Jadi, sila la buat proses pembersihan.
Aku dapat rasakan kerana 'subjek' tu saja dia akan jadi bad mood. Bad mood yang mungkin terbawa-bawa kepada perkara lain sepanjang hari. Muka yang cantik tu pun mesti jadi masam je.
Pengajaran yang aku dapat daripada tercetusnya babak tersebut, perkara remeh tak payahla dijadikan virus yang merosakkan keceriaan dan ketenangan hati & fikiran.
Jalan mudah, padam emel-emel yang dah expired atau tak penting. Habis cerita!
Sama la macam perkara-perkara remeh lain kan. Contoh macam tengah tengok cerita best, tiba-tiba tv buat hal, gambar tak berapa elok, mula la nak mengamuk kat tv. Betulkan je la arialnya kan.
![]() |
| TV rosak masa tengah tengok cita hindustan pulak..spoil je kan.. |
Haha. Kelakar tau bila kita ingat balik pasal hal-hal remeh pun nak mengamuk sekuat alam.
Jom baiki diri kita! Fikiran tenang, hati senang, wajah ceria, senyum memanjang.....kan bagus tu....:)
P/S: Paling penting, tak rosakkan mood orang lain yang berada berhampiran!
P/S: Paling penting, tak rosakkan mood orang lain yang berada berhampiran!



No comments:
Post a Comment