Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 22 April 2012

Nikah Bukan Beban


“Ayya, tidak mengapakah berkahwin dengan abang? Mungkin abang hampir tidak mampu menunaikan apa-apa permintaan Ayya kelak,” perlahan Azri meluntur kata kepada tunangnya.

“Tidak mengapa abang. Kita hidup bersederhana dan bersyukur dengan apa sahaja yang kita mampu,” jawab Sumayya sambil menguntum seukir senyum.

Azri masih tidak berpuas hati. Hati kecilnya masih menaruh syakwasangka dengan jawapan Sumayya. Sebelum nikah memanglah menerima apa sahaja, bagaimana jika selepas nikah dia berubah?
                               
“Benarkah Ayya? Ayya janji selepas nikah nanti kena banyak bersabar ya,” ucap Azri lembut tetapi penuh bersemangat.

“Insya-Allah abang. Ayya akan cuba. Kita perlu yakin pada rezeki Allah selepas nikah,” balas Ayya tenang.

..............................................................................................................................

“Abang, sayang rasa agak segan hendak menjemput rakan-rakan ke rumah,”

“Mengapa begitu sayang?”

“Rumah kita masih kelihatan agak kosong. Tidak lengkap dengan perabot,”

“Jadi mengapa? Sayang malu ya?”

“Bukan begitu abang. Sayang cuma...ermmm...tidak mahu mereka beranggapan kita ini terlalu kemaruk bernikah walaupun kewangan masih belum stabil,”

“Abang mengerti perasaan sayang. Sayang janganlah terlalu berfikir yang bukan-bukan. Kita kan baru saja bernikah. Perlahan-lahanlah ya,”
TEMUI BAHAGIA DENGAN PERNIKAHAN

“Tetapi, orang lain selepas nikah sudah ada semua perabot bang,”

“Itu rezeki mereka sayang. Sayang, sayang menyesalkah bernikah?”

Kali ini suara Azri begitu perlahan. Dia memandang tepat pada anak mata isterinya. 

Ayya tersentak dengan persoalan itu. Lantas Ayya beristighfar di dalam hati. Nyata dia telah menyinggung perasaan suaminya.

“Tidak abang! Maafkan sayang! Sayang tidak sepatutnya berperasaan begini,” pantas Ayya memegang erat jari-jemari Azri sambil mengucup tangannya berulang kali.

“Sayang, kita yakin dengan rezeki Allah ya,” ujar Azri. Di matanya penuh dengan pengharapan dan rasa tawakkal.

Airmata Ayya berlinangan kerana rasa bersalah kepada suaminya. Ayya lantas mengenang, sesungguhnya ketulusan kasih sayang dan cinta yang dicurahkan oleh Azri terlalu indah dan amat mahal daripada seluruh harta dunia buat dirinya. Itu lebih beerti.

Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata,

“Barangsiapa yang tidak menikah kerana takut pada kefakiran, maka ia telah berburuk sangka kepada Tuhannya, kerana Allah s.w.t telah berfirman,

“Jika kamu fakir, aku akan mencukupinya dari kurnia-Nya” (An-Nur: 32)

Harta dunia tidak akan pernah cukup. Keinginan terhadapnya tidak akan pernah surut. Namun, jangan itu yang ditakutkan. Bukan itu penghalang sebuah rumahtangga didirikan.

Pandanglah pada setiap ganjaran yang diperoleh setelah bernikah.

Yakinlah dengan rezeki Allah yang amat luas.

Bernikahlah! Ia bukan beban.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Menikahlah niscaya kamu akan mendapatkan rezeki, kerana sesungguhnya pada perempuan ada keberkatan.” (Makarimul Akhlaq: 198)

No comments:

Post a Comment