Kali ini aku nak berkongsi pengalaman aku membuat kad ibu mengandung atau dikenali ramai sebagai kad merah ( tapi aku tengok warnanya pink..sebab tu aku panggil kad pink. heh).
Ramai yang nasihat aku masa tiga bulan adalah waktu yang sesuai untuk buat kad pink. Kalau kurang dari 3 bulan, ada yang kata misi akan cakap, "Tunggu 3 bulan baru datang sebab kalau sebelum, risiko gugur tu masih tinggi," (ayat yang merisaukan orang yang tengah hepi mengandung betul).
Kalau terlebih 3 bulan pula, ada yang kata misi akan marah-marah. Hai...macam-macam!

Pada 14 Ogos 2012 bersamaan hari Selasa, aku dan suami ke Klinik Kesihatan Seksyen 19 pada pukul 9.00 pagi. Jarak klinik tersebut dengan rumah kami hanya kira-kira 5 minit. Senang kan?
Sampai sahaja di sana, tempat letak kereta dah penuh. Terpaksa cari di luar tetapi alhamdulillah bersebelahan klinik saja ada satu tempat parking kosong. Rezeki...
Masuk saja terus ke kaunter hadapan untuk ambil nombor. Masa ni kena beri IC kita dan suami. Tiba-tiba misi tu cakap, "confirm ke mengandung??". Adoi, ini lagi tak munasabah dari ayat-ayat di atas. Dah kalau aku tak mengandung takkan la aku nak pergi buat kad pinky tu kan...huhu.
Soalan yang sepatutnya dia tanya ialah, "Dah berapa bulan?". Kan, kan?
Selepas tu dapat lah nombor. Jarak nombor sekarang dengan nombor yang aku dapat dekat 800 juga. Tetapi, rupa-rupanya tak ikut nombor pun. Penat saja aku asyik tengok papan keluar nombor setiap kali bunyi ‘ding’.

Tengah khusyuk layan papan nombor, aku terdengar sayup-sayup suara orang memanggil namaku. Tetapi aku tak pasti dari mana datangnya. Aku pun terus saja ke bahagian timbang berat dan bertanya kepada misi di situ.
Jadi step pertama yang perlu aku buat ialah timbang berat. Step kedua, ditemubual untuk isi borang dan kad pink. Ramai yang pesan supaya bawa surat nikah, gambar ultrasound dan bil elektrik tapi misi tak minta pula.
Dah selesai tu, periksa tekanan darah pula. Kemudian buat ujian darah dan ujian air kencing. Akhir sekali, tunggu semula dekat kerusi depan dan waktu tu baru tengok nombor keluar dekat papan nombor.
Bila nombor dah keluar bolehlah masuk bilik rawatan untuk diberi masihat berdasarkan semua keputusan ujian yang dah dibuat tadi. Dan ada pemeriksaan kanser payudara. Misi kat situ yang periksa sendiri. (Geli juga aku rasa,huhu). Upss 18 sx.
Misi pun buat kesimpulan, "Baguslah kalau ramai yang macam awak, tak ada apa-apa masalah. Semua ok. Jadi datang sebulan sekali sajalah ya,"
Misi pun buat kesimpulan, "Baguslah kalau ramai yang macam awak, tak ada apa-apa masalah. Semua ok. Jadi datang sebulan sekali sajalah ya,"
Masa nak balik, beri kad merah pada kaunter yang awal-awal kita pergi tu semula untuk dapatkan tarikh temujanji akan datang. Tamat...
Hehe..skema saja cara aku menulis kali ni sebab bosannya aku rasa pergi klinik hari tu....(^_~)
![]() |
| New Obimin diberi selepas pemeriksaan. Tapi aku rasa bila makan ni aku jadi lagi pening dan lemah..ermm macam mana tu? |

4 Bulan sudah bha dya tu InsyaAllah.... Serah pada Allah... Allah dah decided tu baby boy/ gegirl kan2x..? hikhik... xsabar kikie ng Kas nk cubit2x! hahaha...
ReplyDeleteHihi 5 bulan nanti dah boleh scan jantina..tak sabar la..amboi2..nak cubet ye..nanti i suruh die geget u ols..;p
ReplyDelete