Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 16 October 2012

Demi Baby Ku...

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Minggu lepas dah cukup 5 bulan kandunganku. Setakat ni dah tak ada muntah-muntah lagi. Syukur sangat. Cuma cepat rasa mengah bila lepas makan. Maklumla, makan banyak tak ingat. 

Sedangkan orang hamil ni sepatutnya makan sikit-sikit tapi kerap.Aku pula, makan banyak-banyak dan kerap. Hehe. Tapi, akhir-akhir ni aku tak minat sangat dah makan nasi atau makanan berat-berat. Okeyla juga, berat badan tak naik banyak, misi tak bising.

Minggu lepas kena keracunan makanan. Ya Allah, seksanya rasa. Dari pukul 3.00 pagi sampai siang hari asyik muntah dan cirit-birit. Badan dah lemah sangat, perut sakit. Sampaikan nak ke klinik pun jalan macam nak pitam je.

Pengajarannya, orang hamil tak boleh main makan je macam 'badan sorang'. Memang kena pastikan makanan betul-betul bersih, cukup masak dan sesuai dimakan waktu hamil.

Alhamdulillah, nak dekat tengahari tu dah okey. Tapi, aku bila dah makan ubat ni masa hamil mula la badan jadi panas. Demam la pula. Tapi, sabarkan hati je...bila bayangkan baby dalam perut ni, rasa lebih tabah.

Dalam hati tak minta sembuh, cuma minta Allah beri kekuatan untuk aku terima semua ujian dan sakit yang DIA beri. Esok tu, badan dah sihat dan cergas sikit. Betullah kalau kita sakit, jangan minta cepat sembuh, tapi mohon diberi kesabaran dan kemudahan menghadapinya. Mesti banyak ganjaran pahala yang kita dapat. 

Sekarang ni lepas pulih dari keracunan makanan tu aku rasa lebih bersemangat nak bekerja. Hati aku bertambah kuat untuk istiqamah bahawa, hargailah saat-saat kita masih sihat. Bila dah sakit, terbaring sajalah.

Walau apapun, yakin apa saja yang berlaku Allah yang takdirkan akan terjadi. Semua dengan izin-Nya jua. Semoga aku, suami dan anak di dalam kandungan ini sentiasa dirahmati oleh-Nya....


Biasalah kalau dah kahwin, orang asyik tanya dah ada isi ke belum jer....

No comments:

Post a Comment