Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday 25 November 2012

Jom Ke Blog Baru

Jemputlah membaca lebih banyak cetusan rasa dan kisah hidup aku di blog baru ya!

Moga perkongsian ini akan mendatangkan manfaat kepada diriku dan anda semua.

Terima kasih.

Monday 12 November 2012

Minum Air Gula

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Akhirnya lepas jua babak minum air gula pagi tadi. Nak dijadikan cerita...

Masa tengah tunggu giliran, ramai la pula yang bergebang tentang kedasyatan minum air gula ni. Aku cuma dengar aje. Malas nak join. Maklumlah perut tengah lapar. Daripada pukul 10.00 malam menahan makan.

"Eee..tak sanggup sebenarnya nak minum air gula ni..rasanya..eee nak muntah!!"

"Saya dah tiga kali datang minum air gula sebab asyik muntahkan semula..tak tahan!"

"air gula tu dah la pekat sangat-sangat...gelas besar lagi tu.."

Itulah antara kata-kata yang melalui corong telinga aku. Aku pula tak henti berselawat kerana takut dengan "hantu air gula" ni.

Ting! 1042, kaunter 22. Suara operator nombor giliran mengejutkan lamunanku.

Masuk saja ke dalam bilik tersebut, misi ambil darah. Kemudian, dia pun memberikan air dasyat itu.

Bismillah....

Hemmm..sedap juga..bisik hatiku. Rasanya seperti air gula, memang air gula. Tidak dapat dinafikan lagi. Air pati gula, seperti orang nak buat air tu. Pekat dan segelas besar.

Mula-mula minum okey. Bila dah tinggal separuh, aku mula rasa loya. Huhu janganla keluar balik...

Akhirnya perjuangan minum air gula pun tamat. Sementara nak tunggu dua jam, aku minta pada misi untuk balik rumah. Maklumlah, rumah dekat.

Lama-lama, masa  tengah drive, aku rasa nak muntah dan nak pitam, pening semua ada. Tahan, tahan dan terus tahan.

Dah berehat di rumah, aku ke klinik semula. Misi cakap "selamat...awak tak ada kencing manis.."

Memang pun, dah tau dah. Slack sebab minum teh ais jer pagi masa nak check-up tu.

Alhamdulillah. Tanak minum air gula dah!!!!

Pesanku, sebelum check-up janganla minum air manis dulu ye!

p/s: sampai sekarang aku tak faham kenapa nak periksa kencing manis kena minum air gula yang pekat tu.....

Friday 9 November 2012

Gula Tinggi

Alhamdulillah. Sudah enam bulan kandunganku. Tubuh pun terasa sihat dan bertenaga saja. Nikmat yang lebih enak dari sebuah kekayaan material.

Check-up pada hari Selasa lalu nampaknya aku tak dapat mengekalkan rekod bersih. Darah aku disahkan mempunyai kandungan gula yang tinggi pula.

Kebetulan pagi tu aku minum teh ais. Memanglah urine test sangkut. Selalunya aku minum air masak saja.

Gara-gara teh ais kegemaran

Tapi, memang pun gula tinggi sebab lepas tu misi periksa darah pula untuk sahkan dan bermulalah episod yang aku sangat-sangat ingin elakkan. Minum air gula.

Aku sebenarnya tak faham kenapa kalau gula tinggi kena minum air gula pula lagi. Tapi, kata orang-orang berpengalaman, itu caranya nak detect kencing manis.

Semalam sepatutnya temujanji untuk test MGTT tu tapi aku telefon misi minta tunda. Mana taknya, aku dah la deadline, artikel banyak belum siap. Manala pula nak tunggu minum air gula kat klinik.

Jadi, Isnin ni selamatlah minum air gula...Macam mana rasa agaknya kan..orang kata terrible sungguh! Huhu...

Moga-moga aku tak kena kencing manis..

Kesian baby ummi kan..ummi ni tak jaga pemakanan pun. Main makan saja apa yang ummi suka. Ummi janji akan jaga pemakanan dari sekarang!!!

p/s: tapi...pagi tadi baru pekena teh ais lagi..huhu