Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 3 October 2012

Bahaya Makan Ubat Ketika Hamil

Alhamdulillah. Ketika ini tubuh badan dah terasa agak sihat. Peritnya menahan apabila ubat yang dimakan tak sesuai dengan badan...dan mungkin tak sesuai kepada wanita hamil. Ceritanya begini...

Selepas makan ubat antibiotik kerana kencing kotor, terus badan jadi panas. Rasa nak menggigil pun ada. Kepala pening dan rasa loya.

Kebetulan masa tu baru lepas sarapan di ofis. Terus berehat di surau sampai dua jam. Rasa nak pitam pun ada. Malamnya pula badan bertambah panas. Tapi tulang rasa sejuk. Memang tak tahu apa nak buat. Cuma baca ayat-ayat al-Quran dan bilas badan dengan air sampai tertidur.

Tak lama lepas tu, perut pula sakit. Ke tandas dan cirit-birit.

Pagi tadi badan masih lemah-lemah. Cirit-birit. Ditambah dengan muntah-muntah. Tapi gagahkan diri juga pergi tugasan luar kat SMK Puchong. Ada ceramah untuk pelajar-pelajar SPM anjuran Yayasan Pelajaran MARA.

Sampai saja kat sekolah terus muntah dengan teruk. Tapi...terus bertahan sampai tamat dalam pukul 1.30 petang. Makanan yang cikgu hidangkan pun tak ada selera nak makan. Makan buah tembikai saja.

Balik tu terus ke klinik. Doktor cakap ubat antibiotik tu tak sesuai. Hemm...ni yang dah jadi malas nak makan apa-apa ubat yang doktor bagi.

Kesimpulannya sebagai pengajaran, jangan makan apa-apa ubat untuk keselamatan semasa hamil ok! Baik guna ubat semulajadi saja. Cam aku, kena kencing kotor, mak cakap minum saja air bali dan air selasih banyak-banyak. Insya-Allah baik.

Mulai hari ini, tanak makan ubat sampai bersalin!

Perlu banyak bersabar masa hamil


p/s: rasa macam menaip ayat-ayat robot saja kali ni...huhu

No comments:

Post a Comment