Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 31 October 2012

Serangan Aedes!

Alhamdulillah. Saat ini aku masih dikurniakan Allah kekuatan untuk terus bangkit dari ujian sakit yang ditimpakan padaku baru-baru ini.

Di kala umat Islam sibuk dan tidak sabar-sabar untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan Aidiladha, aku dan suami terpaksa redha dengan beraya di Hospital Sg. Buloh..

Manakan tidak, sehingga hari Khamis, sudah tiga hari badanku panas tak kebah-kebah. Aku rasa panas kali ini lain macam saja. Panas sampai ke tulang. Puas lap siang dan malam dengan kain basah. Jenuh sudah ku teguk air penyejuk badan, air 100 Plus dan air barli.

Paling kurisaukan, anak di dalam kandungan. Asyik bergerak saja, tendang-tendang dengan kuat. Kadang-kala aku fikir mungkin dia panas atau rimas. Ada ketika aku fikir, bagus juga dia banyak bergerak. Kalau diam saja, aku pula yang risau dia masih ok atau tak.

Jadi, pagi Khamis, suamiku menemani aku ke Klinik Kesihatan Seksyen 19. Masalah pula bila tiada doktor dan kata cik di kaunter pendaftaran, mesin periksa darah rosak.

Lalu kami ke KK Seksyen 7 pula. Servisnya sangat lambat. Hanya nak ambil darah saja pun. Malah jururawatnya terlupa pula hantar kad aku ke bilik doktor. Sekian lama menunggu, aku terus masuk ke bilik doktor bertanya mengapa belum sampai giliranku.

Kata jururawat di dalam bilik tersebut, kad aku tiada. Dia suruh aku tanya di bilik ambil darah. Bila aku tanya di sana, jururawat lelaki itu pula menyoal aku, "bagaimana jururawat tadi boleh terlupa hantar kad awak?"
Pening aku. Mengapa pula aku yang ditanya. Tanya la jururawat tersebut.


Sakit itu ujian Allah. Luruh dosa-dosa jika kita bersabar.

Huhu...akhirnya, doktor mengatakan bahawa dalam platlet darah aku memang ada jangkitan kuman. Saspek denggi. Jadi, doktor suruh aku ke hospital. Dan....bermulalah sesi mengambil darah sehingga ke hari Sabtu apabila ada berita gembira diberitahu,

"Ok..hari ini platlet darah awak dah bagus. Jadi, awak sudah bebas denggi. Nah, rekod pemantauan pesakit denggi ini saya beri sebagai cenderahati..."

Haha..sempat pula doktor ni buat lawak.

Tiba-tiba katanya, "Tetapi....degupan jantung awak tinggi pula...awak kena buat ujian darah lagi untuk periksa sama ada awak dijangkiti penyakit tiroid..."

Ah sudah.........ambil darah lagi..uwaaaa...sakitnya terasa jarum menyucuk di urat....

Semoga Allah memberi aku kekuatan dan kesabaran menghadapi segala ujian...Ameen...

p/s: Ummi akan kuat demi babah dan baby!

No comments:

Post a Comment