Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 2 July 2012

Oh Alahan...


Konon-konon asyik risau tak ada morning sickness.

“Abang, kenapa sayang tak muntah-muntah pun?”

“Mak, kenapa orang tak ada pening dan muntah ye?”

Sekarang…nah ambik!

Bukan setakat morning sickness, the whole day sickness.

Asyik rasa pening dan nak muntah dari pagi sampai ke malam. Makan asam pun dah tak menjadi.
Asam ni tak membantu aku lagi.

Aku memang anti-muntah.

Dari kecil, aku akan cuba tahan semahunya supaya tak muntah. Bila berjalan jauh, pasti aku siap sedia dengan asam. Sama juga kalau naik kereta rendah. Sebab tu aku selalu berimpian nak beli pacuan empat roda macam landcruiser.

Sekarang, aku masih menahan daripada muntah. Terseksa rasanya.

Bila telefon mak,

“Biasa la muntah-muntah tu. Dah nama pun mengandung. Jangan dilayan sangat sampai tak boleh nak buat kerja. Kita kenala kuat kalau nak jadi mak. Mak dulu walau alahan teruk tetap buat kerja macam biasa. Buat taktau saja, kalau nak muntah, muntah saja,”

Kuat sikit aku rasa. Maklumla aku ni manja terlebih. Kena ‘basuh’ dengan mak baru okay.

Ya Allah, semoga aku kuat untuk hadapi alahan ni. Tugasan seharian mesti diselesaikan, hidup mesti diteruskan, kaki perlu melangkah!

-Teruk betul aku. Orang lain aku tengok mengandung tak banyak ngomel pun. Haha.

No comments:

Post a Comment