Makcik (M) : Kenapa beli pen banyak-banyak di sini? Beli saja di Mydin, lagi murah.
Aku (A) : Nak cepat makcik. Ada bengkel kejap lagi di pejabat.
M : Orang berduit tak apalah. Kalau orang macam makcik, semuanya beli di Mydin saja.
A : Taklah makcik. Ini kerana nak cepat je.
M : Kalau anak makcik lagi kedekut nak keluarkan duit.
A : Oh baguslah tu. Dia pandai menyimpan. (fikirku anaknya pasti seorang yang berjimat-cermat)
M : Entahlah menyimpan atau apa. Sampaikan nak isi minyak kereta pergi kemana-mana pun dimintanya daripada makcik.
A : Er..mungkin gajinya rendah. Tak cukup kot.
M : Entahlah. (Wajahnya tiba-tiba menjadi sayu)
A : Tak apalah makcik. Nanti gajinya besar, dia beri pula pada makcik.
M : Dia cikgu. Tak pernah beri makcik duit pun.
A : Er...oh...emm..sabar ye makcik. Baru lagi la tu. Masih belajar berjimat kot.
M: Sudah empat tahun pun kerja. (Matanya bergenang airmata)
A : Emm... (Tak sampai hati nak terus berbicara)
Tiba-tiba pagi aku dibelenggu mood sedih. Bagaimana seorang cikgu yang gajinya pasti lebih 2K masih meminta duit untuk isi minyak kereta daripada maknya?
Itu bukan kedekut, tetapi...entahlah.
Kalau iya pun gaji tak cukup duduk di bandar pesat ini, janganlah sampai meminta duit minyak kereta daripada mak. Macam tak logik.
Aku cuma terfikir, bagaimana seorang guru ingin mengajar dan menyemai jiwa anak muridnya dengan akhlak yang terpuji jika dia sendiri bukan begitu?

No comments:
Post a Comment