Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 28 June 2012

Keterujaan Nak Jadi Ibu

Rupa-rupanya inilah dilema terbesar selepas kahwin. Ingin menjadi seorang ibu.
Masa sebelum kahwin dulu aku rasa macam tak berapa kisah. Tapi, sebulan saja kahwin dah sibuk tunggu period datang atau tak.
Terlewat saja 2,3 hari dah sibuk beli pregnancy test. Maklumlah, sekarang kan dah ada UPT yang boleh kesan lima hari sebelum datang haid lagi. Psiko betul aku.
Peristiwa Mac membuatkan aku pasrah.
Kata rakanku, “Kalau kita nak sangat memang tak dapat. Bila kita tak kisah, waktu tu yang lekat”.
Jadi, lebih baik aku buat tak kisah. Tapi tak kisah kerana nak suruh lekat. Haha apa nak jadi.
Akhirnya baru-baru ini positif. Alhamdulillah.

Barang kegilaan selepas kahwin

Tapi aku pula yang pelik kerana tiada tanda-tanda mengandung macam morning sickness tu. Jadi, aku tak mahu la berharap sangat.
Semalam ke Poliklinik UMRA. Buat ultrasound scan. Cepat btul nak scan dah. Memang la pulun aku ni. Macam la nampak baby pun. Huu.
Sekali ada la nampak benda kecil sebesar biji kacang hijau. Doktor cakap masih awal lagi.
Tapi bila doktor kira tarikh aku sepatutnya period sampai sekarang, katanya macam silap.
“10 hari lagi awak datang periksa lagi. Takut-takut ada masalah atau awak mengandung di luar rahim,”
Ish. Terkedu aku. Ada pula macam tu. Suka-suka hati saja doktor ni buat ramalan bagi orang takut.
Dalam perjalanan pulang tu muka aku masam. Sedih semua ada terkenangkan kata-kata doktor. Tapi, bila fikir balik, doktor tu main cakap saja pun. Allah juga yang Maha Mengetahui. Jadi berserah sajalah pada Dia.
Semoga kandungan aku selamat. Realisasikanlah keterujaanku untuk menjadi seorang ibu wahai Tuhan Semesta Alam.
-Baru aku faham perasaan orang yang dah bertahun-tahun kahwin tapi belum ada rezeki cahaya mata. Aku ni baru lima bulan pun dah parah. Hehe tak tahan tengok baby-baby di muka bumi ini. Dan tak sabar melihat hasil cinta aku dan suami.

No comments:

Post a Comment