Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 7 August 2012

Alam Hamil-Trimester Pertama

Alhamdulillah. Aku hamil dah hampir tiga bulan.
Setakat ini alahan yang aku alami; pening, muntah-muntah, kadang-kadang perut rasa pedih, kejang dan paling aku susah nak bertahan, rasa loya dan mual.
Aku rasa nak sentiasa ada makanan dalam mulut supaya hilang rasa tu. Tapi, kebetulan bulan puasa, memang teruk sikit menahan.
Kekerapan buang air kecil memang tak boleh kira. Walau minum air dalam kuantiti yang sedikit pun, tetap asyik nak ke tandas.
Dari aspek pemakanan pula, sekarang aku makin hilang selera pada nasi. Memang betul kata orang bila mengandung, makanan yang kita suka jadi makanan yang kita tak suka dan begitulah sebaliknya.
Aku dah tak berminat dengan ayam goreng berempah atau apa-apa jenis lauk-pauk yang aku suka. Cuma, minat aku terhadap cheezy wedges KFC tetap maintain...
makanan feveret selamanya
Paling mencabar buat aku dan suami bila badan aku mula jadi panas. Aku pun tak tahu apa penyebabnya. Mungkin daripada makanan atau minuman.
Bila badan aku dah panas, aku rasa nak meragam dan menangis saja. Suami aku la yang selalu jadi mangsa. Dah macam budak kecil pula jadinya. Nasib la suami aku penyabar dan kadang-kala urut badan aku. Terima kasih abang!
Kadang-kala bila alahan aku jadi sangat teruk, aku memang rasa sedih sangat. Asyik nak nangis. Terkenangkan mak yang ada jauh kat Penang. Tambahan pula tengok kawan-kawan aku yang tengah mabuk ada keluarga di sisi. Mesti rasa tenang dan selesa sikit.
Suami aku dah cuba yang terbaik tapi ye la..mak tak sama dengan orang lain walau suami. Mak lebih memahami. Jadi, hampir setiap hari sejak aku mengandung aku akan telefon mak. Baru sedar pengorbanan mak masa mengandungkan kita. Bukan senang!
Mak pula selalu kata, “kita kena kuat! Jangan bergantung kepada orang lain!”.
Betul juga cakap mak. Nak jadi seorang ibu kena la belajar jadi kuat walau seberat manapun ujian. Mana boleh layan perangai manja dah....huhu...
Namun, aku bersyukur dan bahagia diberi peluang oleh Allah merasai pengalaman ini. Moga kandunganku sentiasa dipelihara dan dijauhkan dari segala kejahatan, Ameen.
  

comel kan??? (^-^)

No comments:

Post a Comment