Tetapi, bebel pun
kena la dengan cara yang betul. Kena ingat, tutur kata memang kena jaga. Awas,
terlepas cakap tak boleh ditarik balik! Masa tengah marah memang segala jenis
bahasa melampau dan kasar terhambur keluar. Jadi, aku ingin memperkenalkan cara
bebel terbaik yang boleh anda cuba.
Ianya dipanggil,
“Bebel Bertulis”.
Cuba anda
bayangkan, apabila seseorang membebel kepada anda, anda pasti rasa nak tampar
saja orang itu bukan? Tambahan pula bebelannya bertahap jet dan kata-kata yang
menikam kalbu. Umpama seekor itik dengan mulutnya yang sentiasa berbunyi, kuek
kuek kuek!!
Jadi, untuk
mengelakkan berlakunya pertengkaran, kebosanan dan sakit hati, jom cuba cara
“Bebel Bertulis” ini ya.
Bagaimana?
Ada pelbagai
alternatif untuk mencubanya. Asalkan bertulis. Salah satu ialah mengirim emel
kepada orang yang anda ingin bebelkan.
Apabila dia
melakukan sesuatu yang membuatkan anda bengang, mulakan dengan langkah-langkah
di bawah,
Langkah pertama:
Diam dan senyum
sahaja. Cepat-cepat menjauh daripada dia kerana api sedang bernyala di dalam
hati. Ambil wuduk. Istighfar. Jika tidak, mungkin begini bebelan anda,
“Amboi-amboi
dik...bukan main lagi dok sayang-sayang dengan lelaki! Hang jangan dok
menggatai sangat! Hang tau dak benda tu haram?? Buat malu keluarga je la..dah
la ayah imam masjid!!”
Kena pula adik menjawab, "Kakak tak payah nak tunjuk baik! Dulu kakak pun sama,"
Silap-silap kena makan kasut.
Elakkan daripada
berkata! Jom ke langkah seterusnya.
Langkah kedua:
Buka komputer,
buka emel anda. Taipkan semua isi hati anda di dalam “compose email”. Berfikir dan
Bismillah sebelum menaip. Pastikan penggunaan ayat adalah nampak positif tetapi
cukup untuk memberi kesan. Contoh,
Langkah ketiga:
Baca semula
sekali lagi. Pastikan tiada perkataan-perkataan kesat dan berbaur sakit hati.
Isi alamat emel dia. Sebelum klik label “send”, baca Bismillah dulu.
Anda akan rasa
lega selepas itu. Kembali berhadapan dengan dia seperti tiada apa-apa. Apabila
dia sudah membaca emel itu, suruh dia balas di emel juga.
Memanglah agak
memakan masa, skema dan kurang sabar jadinya. Tetapi ini akan menyelamatkan
perhubungan anda dan menghindarkan anda daripada dosa akibat membuat tindakan
dan bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu.
Selamat mencuba! ^_^


Setahu saya kakak Hijab yang kaki bebel #Eh ahhaha
ReplyDeletehaha sebab tu lah i cari cara bebel yg lebih berkesan. ;)
ReplyDelete