Melangkah setapak menggenggam impian, beribu-ribu tapak onak duri dan ujian mengejar kami. Aku akur pada ketentuan Ilahi. Sesungguhnya kami sendiri bagai tidak percaya.
Bermula sebagai sahabat yang berkongsi minat, sempoi bersama, satu kepala dan gila-gila akhirnya menjadi pasangan sejiwa. Mimpi apa sebenarnya? Bukan. Ini betul-betul.
Bermula sebagai sahabat yang berkongsi minat, sempoi bersama, satu kepala dan gila-gila akhirnya menjadi pasangan sejiwa. Mimpi apa sebenarnya? Bukan. Ini betul-betul.
Empat bulan berkenalan, hanya dengan sebuah lamaran, pintu hati terus terbuka tanpa paksaan. Hari ini, saat ini, cincin pertunangan sudah tersarung di jari bersama sejuta harapan. Bila pula kita merancang secepat ini? Kalah kelajuan roket nak ke bulan.
Tapi, mungkin ini yang dipanggil ‘seruan’. Adakah kami sang pemimpi? Ah..itu hanya Andrea Hirata seorang.
Tapi, mungkin ini yang dipanggil ‘seruan’. Adakah kami sang pemimpi? Ah..itu hanya Andrea Hirata seorang.
Pasti ada yang terasa hati kami tidak memberitahu sedari awal bahawa kami akan bertunang. Ketahuilah, kami sendiri merasa seperti diawang-awangan. Masih tertanya-tanya apakah doa kami di bulan Ramadhan akhirnya disambut Tuhan. Kami masih bertanya sesama sendiri inikah yang dikatakan apabila Allah menyebut ‘Kun Fayakun’, maka impian terus menjadi kenyataan? Ya! Maafkanlah Jue & Lan.
Lihatlah senyuman kami, saat kami berjaya mencapai impian mendaki setapak anak tangga daripada berjuta-juta anak tangga yang masih terbentang untuk sampai ke kemuncaknya. Renungilah sinar dari mata kami, saat hati tak henti-henti mensyukuri rahmat Allah mengkabulkan doa kami daripada berjuta-juta permintaan yang masih kami tagihkan.
Berdoalah untuk kebahagiaan kami. Restuilah hubungan kami.
Berdoalah untuk kebahagiaan kami. Restuilah hubungan kami.
Ini bukan janji pada kegembiraan. Ini janji kepada nyalaan semangat untuk kami berusaha melangkah lagi ke hadapan. Ke gerbang yang dinantikan. Bukan mudah. Tapi, bukan mengalah. Tidak pula berserah. Buat mak dan ayah, keluarga kami yang amat kami sanjungi, sayangi dan hormati sepenuh jiwa kami, yakinlah apa yang ditakdirkan ini tak mungkin berlaku tanpa izin-Nya jua.
Restuilah kami dengan seluruh jiwa dan raga. Itulah azimat yang tiada bandingnya.
Restuilah kami dengan seluruh jiwa dan raga. Itulah azimat yang tiada bandingnya.
Kami tak punya harta untuk meyakinkan semua bahawa hidup kami bakal senang-lenang jika Allah izinkan kami mendirikan rumah tangga.
Malah, kami tak mampu tunjukkan pada dunia, gerbang perkahwinan itu mampu kami rempuh tanpa payahnya berusaha dan mencuba.
Apatah lagi mempamerkan kematangan kami yang sebenarnya tak ubah seperti masih kanak-kanak hingusan. Tapi, berbekalkan janji Allah,

“Tidakkah kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu pelindung dan penolong selain Allah.” (Al-Baqarah : 107). Kami akan berusaha dan tawakal kepada-Nya.
Kepada Mohd Azlan Ismail, terima kasih kerana menerima diri ini yang tiada apa-apa untuk dibanggakan. Malah, punya seribu satu kekurangan dan kelemahan. Hanya satu kupinta, jangan pernah lenyapkan kesungguhanmu yang selama ini membuatkan aku tanpa gusar membuat keputusan mengubah hati terisi dengan keyakinan, kau bangkitkan aku agar berani membina harapan dan impian.
Walau jalan kita belum pasti berakhir dengan sebuah ceritera indah, aku kan terus berjalan. Seperti mana kau mengajar aku melihat indahnya sebuah kehidupan walau dipenuhi derita dan kesakitan.
Terima kasih untuk segalanya...hingga bila-bila...
Terima kasih untuk segalanya...hingga bila-bila...
Kesempurnaan tak pernah ada..hanya tujuan saling membimbing dan melengkapi. Moga Superbike tak lagi merempuh Tembok Besar China!

No comments:
Post a Comment